Saturday, March 6, 2010

NAPIER DARUL IMAN PROTIN TINGGI

Benih berasal dari Australia dibawa masuk oleh Ismail Mohamad semasa lawatan beliau ke Australia Barat pada tahun 1995 dimana enam ruas batang yang mempunyai matatunas dibawa masuk untuk tujuan penyelidikan. Daripada emam mata tunas, hanya lima yang hidup dan membiak hingga sekarang.











Gambar diambil oleh penulis pada 6 March 2010 di manaIsmail Mohamad menunjukan rumput napier yang berjaya dibiak. Hasil analisa makmal MARDI, rumput ini mempunyai kandungan protein yang tinggi melebihi 20 peratus disamping kandungan serat yang tinggi.

Ismail Mohamad merupakan pengkaji rumput napier darul iman berprotin tinggi yang merupakan sifu dalam industri ternakan di Malaysia, beliau merupakan penerima Anugerah Penternak Kebangsaan pada tahun 1986, Anugerah Peladang Jaya Negeri pada tahun 2003 serta menerima Anugerah Penternak Peringkat Negeri sebanyak tujuh kali !

Sampel rumput ini yang dihantar Ismail ke makmal MARDI menunjukkan kandungan proteinnya sangat tinggi sehingga melebihi 20 peratus. Sedangkan keperluan protein untuk kambing hanya 14 peratus sahaja.
Kandungan protein yang tinggi ini membolehkan rumput ini mengganti dedak dalam ternakan haiwan.Kajian yang dijalankan oleh Ismail Mohamad, yang jelas menyatakan bahawa Napier ini lebih tinggi kandungan proteinnya berbanding lain-lain rumput diladangnya.

Kepada yang berminat untuk menanam rumput Napier berprotein tinggi bagi mengantikan dedak yang ada sekarang, bolehlah menghubungi napier1@gmail.com untuk latihan penanam dan mengendalikan rumput ini selepas tuai.

Ladang Ismail mempunyai benih tulin hasil penyelidikan beliau sejak tahun 1995. Dengan sistem tanaman kepadatan tinggi yang dikaji oleh Ismail, satu ekar rumput ini mampu memberi makan kepada 100 ekor kambing atau 40 ekor lembu secara berterusan.

Rumput ini dapat dituai setiap dua bulan. Untuk kecekapan sistem tuai sekali gus dilaksanakan. Semua rumput dituai satu inci dari paras tanah dan diproses menjadi silage bagi diguna secara berterusan untuk tempoh dua bulan.

Setelah dua bulan, tunggul rumput yang dipotong akan tumbuh semula dan matang serta dapat dituai semula dan dijadikan silage. Begitulah proses pengurusan rumput ini akan berterusan.

Hanya batang rumput yang matang pada umur melebihi 8 bulan sahaja sesuai untuk dijadikan benih.













Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada ladang tanaman rumput napier darul iman protein tinggi milik Ismail Mohamad.












Ismail Muhamad bersama Penghulu Kanan Wan Sulaiman sedang mengesan dan mengenalpasti sumber air bersih bagi tujuan membekalkan minuman lembu dan juga bagi tujuan pengairan ladang.











Gambar diatas kunjungan Dato' Haji Ab. Malek Mohd Amin, pegawai khas kepada Menteri Pertanian melawat pusat ternakan Ismail Mohamad yang dihadiri sama YB. Cikgu Matnor, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.











En. Ismail menunjukkan kepada rombong silage yang dibuat beliau dan telah berusia empat tahun tapi masih lagi berkualiti dan amat digemari oleh haiwan.












Gambar atas, kandang penggemukan lembu En. Ismail Mohamad.

Rumput napier darul iman baka asli mempunyai permintaan yang amat tinggi daripada penternak. Permintaan yang tinggi telah meningkatkan permintaan terhadap benih rumput ini. Harga seruas batang rumput ini mencecah sehingga RM 0.25 bagi tujuan pembenihan.

No comments:

Post a Comment